ZAHIRNYA AKU KEJI UNTUKMU
ZAHIRNYA AKU KEJI UNTUKMU - Hallo semuanya Pembaca Berita, Pada postingan berita kali ini yang berjudul ZAHIRNYA AKU KEJI UNTUKMU, telah di posting di blog ini dengan lengkap dari awal lagi sampai akhir. mudah-mudahan berita ini dapat membantu anda semuanya. Baiklah, ini dia berita terbaru nya.
Judul Posting : ZAHIRNYA AKU KEJI UNTUKMU
Link : ZAHIRNYA AKU KEJI UNTUKMU
Roy
bingkas bangun dari tempat tidurnya. Dia segera mencapai tuala mandi. Sambil
membasuh mukanya di sinki, Roy
ternampak bekas gigitan teman wanitanya di leher. Masih jelas kelihatan. Roy tersenyum sendirian.
Dengan riang, dia bersiul-siulan sambil membuka pili air untuk mandi.
Anda sedang membaca posting tentang ZAHIRNYA AKU KEJI UNTUKMU dan berita ini url permalinknya adalah https://indodongeng.blogspot.com/2013/11/zahirnya-aku-keji-untukmu.html Semoga info lowongan ini bisa bermanfaat.
Judul Posting : ZAHIRNYA AKU KEJI UNTUKMU
Link : ZAHIRNYA AKU KEJI UNTUKMU
“Ana yakin, inilah yang terbaik untuk kita.” “Tapi Ana tahukan,
abang sangat cintakan Ana! Kenapa Ana sanggup buat abang macam ni?” Rohana
terpaku. Matanya terkebil-kebil menatap jantung hatinya itu. Namun, takdir
telah menjarakkan mereka biar pun zahirnya mereka kini berdiri saling
berhadapan di antara satu sama lain.
“Ana tak tinggalkan abang selamanya. Abang masih ada setiap kenangan
manis kita bersama kan ,”
ucap Rohana sambil terkedu-kedu. Air mata mula membasahi pipinya yang gebu. Rohana
kemudiannya segera menarik tangannya daripada genggaman Faisal. Faisal segera
menarik kembali tangannya tetapi berjaya ditempis Rohana. Rohana lantas berlari
meninggalkan Faisal. Tiba-tiba suatu bunyi yang kuat kedengaran. “Ana!”
“Roy ! Bangun cepat. Make a move! Kelas start at 8
la bro! Nanti kena kunci plak kau.” “Alah, sape la yang membebel pagi-pagi buta
ni! Nak tidur pun tak senang!” Kata Roy sambil menarik bantal untuk menutup
tellinganya.
“Pagi ni kelas dengan cikgu kesayangan kau Roy , baik kau cepat.” Zack mengambil beg
galasnya untuk segera ke kelas. Roy
teringat, pagi itu kelas akaun bersama dengan Prof. Faisal. Entah mengapa
seakan ada magnet yang menariknya untuk menongkah arus ke kelas pensyarahnya itu.
Padahal dia memang terkenal dengan sikap malasnya ke kelas.
“Saya mahu kamu semua hantar assignment
ni dua minggu lagi. Make sure sampai
atas meja saya before sembahyang
Jumaat. Siapa yang lewat saya tak akan layan.” Arahan itu disahut dengan baik
oleh pelajar-pelajar Faisal. “Mmm...lambat lagi dua minggu ni. Takdela kelam
kabut,” kata Zack sambil menjeling ke arah Roy . Namun, aksinya tidak disambut Roy . “Woih! Ko ni ape
hal? Gila bayang pulak ke?” Roy
terperanjat dengan tindakan spontan rakannya itu.
“Eh, apa kau cakap?” Tanya Roy. “Takde apelah. Aku nak jumpa awek
aku ni. Awek kau pun ade skali. Nak ikut tak?” Kata Zack sambil mengerutkan
dahinya. “Aaa...ok aku pun nak ikut. Jom chow.”
Sambil menuju ke pintu kelas, tiba-tiba Roy disapa oleh pensyarahnya. “Rohaya, jangan
lupa hantar assignment saya ya. Saya
mahu ada atas meja saya sebelum Jumaat.”
Pandangan mata Prof. Faisal kini tertumpu pada Rohaya. Entah mengapa raut wajah
gadis pengkid ini bisa membuatnya
untuk menatapnya lebih lama. Sehingga kadang kala terperasan jua renungannya
itu telah jatuh ke dalam hati. Walhal, gadis itu tidak sedikit pun memenuhi
ciri-ciri gadis melayu yang boleh mencairkan hati mana-mana jejaka. Namun,
seakan ada satu tarikan untuknya lebih mengenali pelajarnya yang digelar “Roy ” ini.
“Baik prof, nanti saya hantar.” Kata Roy dengan lagak machonya.
Padahal di dalam hatinya terasa sedikit getar. Apakah ini? Dia sedikit bingung.
Kenapa aku berasa gementar? Adakah aku suka dia? Roy mula menyoal. Namun, soalan-soalan itu
terus berlalu pergi tanpa jawapan. Sepertimana dia dan Zack berlalu pergi meninggalkan
kelas akaun pada pagi itu.
“Sayang, I sukala tidur
dengan u malam tadi. Kita buat lagi
malam ni nak?” Tanya teman wanita Roy sambil
meraba-raba paha Roy
dengan ligat. “Boleh je sayang, I lagi
suka. Malam ni I pick u up then kita
pergi hotel ok!” Kata Roy. Dalam dirinya tiada langsung rasa bersalah. Masakan tidak sudah sepuluh tahun hidupnya
bergelumang dengan dosa terlarang itu. Hubungan songsang yang dijalin itu tidak
menimbulkan sedikit pun sekelumit rasa menyesal di dalam dirinya. Roy seakan bahagia dengan
cara hidupnya itu.
Hidup sebagai anak orang kaya sememangnya tidak menjanjikan kebahagiaan.
Ibu bapa Roy tidak pernah langsung menegur atau
berasa gundah dengan cara hidup Roy
yang sememangnya bertentangan dengan ajaran Islam itu. Bagi mereka, kerjaya dan
wang adalah segala-galanya. Kebebasan adalah hak milik mutlak Roy .
“Tapi bebaskah aku? Atau aku sebenarnya dipenjara dalam kesunyiaanku
sendiri. Maka, sebenarnya tiada erti bebas bagiku.” Kata-kata ini selalu sahaja
menusuk pemikiran Roy .
Dia sebenarnya sepi, tanpa kasih daripada orang tuanya. Maka, jiwanya yang
kosong itu dipenuhi dengan dosa bersama rakan-rakan pengkidnya. Lalu, hidupnya pun tersasar dari jalan yang lurus.
“Mak awak ada pakai selendang?” Tiba-tiba Roy tersentak daripada lamunannya. “Eh Prof,
mm...mak saya tak pakai tudung la Prof.” Jawab Roy tergagap-gagap. Prof. Faisal hanya
sekadar mengangguk. Ketika itu takdir menemukan mereka di kedai yang menjual
tudung-tudung wanita di bandar Pekan. “Prof. nak beli tudung untuk makwe ke?” Tanya Roy dengan nada
mengusik. “Haha...saya masih lagi bujang. Belum ada rezeki. Saya datang ni nak
beli tudung untuk ibu saya.” Kata Prof. Faisal sambil tersenyum. Tetapi, jauh
di sudut hatinya masih ada persoalan mengapa Rohana bertandang ke kedai
tersebut pada petang itu. Namun, semua itu hanya dibukukan di dalam hati.
Pertemuan secara tidak sengaja itu telah merungkaikan tali yang
menjadi pemisah untuk dua insan ini saling kenal mengenali. Bermula dari saat itu,
mereka berdua mula berhubung secara lebih rapat lagi. Malahan, keserasian diantara
mereka telah melancarkan lagi perhubungan yang seterusnya menimbulkan
bibit-bibit cinta. Roy
yang dahulunya dikenali sebagai ‘jejaka
macho’ sudah mula menunjukkan sedikit perubahan.
“Roy ,
aku tengok kau ni dah macam feminin sikit
la skang. Apasal ah? Awek kau pun kau tak layan dah skang. Pastu aku selalu
tengok kau melepak sendiri.” Tegur Zack. “Aku biasa ja macam dulu. Eh Zack aku
ingat aku nak stay balik dengan parent aku la. So aku nak keluar dari
rumah sewa ni hujung bulan ni.” Roy cuba mengalih
tajuk perbualan. “Suka hati kaula tapi kena cari orang replace. Mana boleh lu keluar macam tu je.” Kata Zack dengan nada
agak tegas. “Pasal tu kau jangan risau. Aku dah ada orang.” Janji Roy kepada
Zack.
Rohana menjadi gelisah. Dia sedikit kaget. Naluri hatinya menerima
apa yang berlaku namun dia berasa serba salah. Dibayangi oleh dosa silam.
Faisal telah meluahkan hajatnya untuk merperisterikannya dua hari lepas. Tapi,
layakkah dia untuk Faisal? Dia pernah melakukan hubungan songsang. Dirinya
kotor bagaikan air hitam yang mengalir di parit. Benar, Faisal telah banyak
mengubahnya. Menjadi pembimbingnya untuk kembali ke jalan yang benar. Berpijak
pada bumi yang nyata. Mengerjakan suruhan Tuhan yang satu.
Petang itu dingin sahaja. Faisal menunggu dengan sabar jawapan yang
pasti daripada Rohana. “Ana gembira bersama abang.” Akhirnya Rohana memecah
bisu di udara. “Tapi Ana tak layak untuk abang. Abang pun tahukan sejarah Ana.
Jadi, Ana dah bulat hati untuk menolak lamaran abang. Hati mana yang tidak
sedih sedangkan cinta yang disemai sedalam air di laut. Bintang di langit jua
yang menjadi saksi betapa utuhnya cinta Rohana pada Faisal.
“Ana yakin inilah yang terbaik untuk kita.” Faisal tidak berpuas
hati dengan jawapan itu. Dalam mereka saling bergelut, tiba-tiba sebuah kereta
yang dipandu laju melanggar Rohana yang cuba melintas jalan. “Ana!” Jeritan
Faisal tidak bisa menyelamatkan nyawa cintanya. Semuanya berlalu bagaikan asap
yang ditiup angin. Hanya Tuhan yang tahu, betapa Rohana begitu sayangkannya.
Dan cinta itu terus bersemadi bersamanya di pusara.
Demikianlah Info postingan berita ZAHIRNYA AKU KEJI UNTUKMU
terbaru yang sangat heboh ini ZAHIRNYA AKU KEJI UNTUKMU, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sekian info artikel kali ini.
Anda sedang membaca posting tentang ZAHIRNYA AKU KEJI UNTUKMU dan berita ini url permalinknya adalah https://indodongeng.blogspot.com/2013/11/zahirnya-aku-keji-untukmu.html Semoga info lowongan ini bisa bermanfaat.