CERPEN: BERIKAN AKU CINTA/ ORKID PUTIH

CERPEN: BERIKAN AKU CINTA/ ORKID PUTIH - Hallo semuanya Pembaca Berita, Pada postingan berita kali ini yang berjudul CERPEN: BERIKAN AKU CINTA/ ORKID PUTIH, telah di posting di blog ini dengan lengkap dari awal lagi sampai akhir. mudah-mudahan berita ini dapat membantu anda semuanya. Baiklah, ini dia berita terbaru nya.

Judul Posting : CERPEN: BERIKAN AKU CINTA/ ORKID PUTIH
Link : CERPEN: BERIKAN AKU CINTA/ ORKID PUTIH
Dup dap dup dap dup dap dup dap dup dap (berapa banyak dup dap daa). Gadis itu lengkap berpakaian seragam sekolah berdiri di depan lelaki pujaannya. Beza umur mereka hanya setahun. Gadis itu pelajar tingkatan 4 dan lelaki itu pula pelajar tingkatan 5. Sofea gelisah dan berdebar. Dari tadi dia asyik bermain jemarinya. Satu perkataan pun tidak terluah di bibirnya. Walhal bukan main rancak bibirnya berkata- kata semalam. Tapi sayang itu hanya terjadi semasa ‘latihan’ sahaja.

“Hoi! Kau kenapa dari tadi ikut aku ke mana aje aku pergi? Blah la kau! Serabut tul la minah ni.” Ish. Mana pulak secret admire aku ni? Kata nak jumpa kat sini. Tapi batang hidung pun tak nampak. Yang perempuan gemuk ni pulak dari tadi duk ikut aku apa hal? Poswomen dia ke minah ni? Nak bagitahu tak jadi jumpa ke?
“Daniel! Aku rasa macam tak sedap hatila.” Wajah Qawil dipandang Daniel. Apahal pulak Qawil ni?
“Yang kau tiba- tiba tak sedap hati kenapa? Ada hantu nak ngorat kau ke? Gaya muka kau tu takde pulak gaya muka orang tak sedap hati tapi muka orang senang hati adalah.” Daniel masih memandang geram ke arah sahabatnya itu. Qawil yang sememangnya menahan gelak dari tadi akhirnya meledak ketawanya sambil menunjuk ke arah budak perempuan gemuk itu. Daniel masih tidak mengerti.

“Woi Daniel! Kau tengoklah nama budak tu. Sofea weh... Sofea. Sama macam dalam surat dari SA kau tu. Hahahahahahahahahahahahahha.....” Qawil ketawa terbahak- bahak sambil memegang perutnya. Daniel meneliti tanda nama yang berjahit kemas pada tudung Sofea. Memang benar!
Sofea tersipu- sipu malu dan turut menganggukkan kepalanya mengiakan apa yang diberitahu oleh Qawil itu. Daniel terpempan, terkejut, terkedu, dan macam- macam ter lagi. Sangkaannya dia bakal berdamping dengan kekasih baru yang jauh lebih cantik dari yang sebelumnya tapi rupanya angan- angannya itu kekal menjadi angan- angan dan tidak berjaya menjadi kenyataan.

***

“hahahahahahahaha... macam mana Sofea? Berjaya ke usaha kau? Dapat ke couple dengan Daniel? Ala, hero pujaan kau tu? Hahahahaha”

Mata Sofea masih merah dan sembab kesan menangis terlalu lama. Dia memandang rakan sebiliknya itu dengan perasaan geram + marah. Tetapi dia hanya mampu memendam tidak mampu meluahkan marahnya dan memang itulah sifatnya dari kecil lagi. Lebih gemar mendiamkan diri dan memendam daripada berterus terang. Kalaulah aku tak ikut cadangan dia, mesti aku tak jadi begini. Aku gemuk, hodoh. Siapalah yang nak kat aku ni. Mana padan dengan Daniel yang kacak tu. Malam itu Sofea menangis semahu- mahunya.

***

-Selepas 8 tahun-

“Selamat pagi Abi.” Wajah gadis itu ceria sekali. Dr. Musa memandang anak gadisnya. Anaknya nampak cantik dengan baju kurung mini berwarna biru dan dengan hanya mengenakan solekan nipis. Dr. Musa berasa sedikit bangga kerana memiliki seorang anak gadis yang cantik. Bersyukur dengan kurniaanNya.
“Hmmm pagi. Macam mana kerja? Ok? Seronok?” Dr. Musa melipat surat khabarnya dan meneruskan sarapan pagi yang disediakan oleh bibik di rumahnya.

“Abi selalu tanya soalan tu. Abi, Adrin memang serooonoookkk sangat kerja di perpustakaan tu. Semua staf kat situ pun senang bekerja dengan Adrin dan Adrin pun senang bekerja dengan mereka. Jadi kesimpulannya, ok. Hehehe.” Adrina menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan abinya. Abi ni selalu aje tanya soalan tu. Iyalah, dia nak sangat aku jadi doktor macam dia tapi apa boleh buat lari bidanglah. Course library management tiba- tiba = Doktor? Tak dapat maa.

“Adrin, esok cuti kan? Ikut abi esok. Kita makan malam di luar. Abi nak kenalkan kamu dengan seseorang.”
“Seseorang? Siapa abi?” laju sahaja bibir munggil itu melontar soalan.
Dr. Musa tidak terus menjawab. Dia merenung wajah anak gadisnya itu agak lama. Wajah anaknya itu saling tak tumpah dengan wajah arwah isterinya. “Adrin akan tahu esok. Abi pergi dulu.”
“Abi! Tunggu.” Adrina bergegas ke arah abinya dan bersalam dengan abinya.

***

“Kenalkan, ini Dato’ Mahfoodz, kawan baik abi sejak zaman sekolah menengah lagi. Dan ini isterinya Datin Maria.”

Hai ni bukan nak kenalkan dengan seseorang abi, ni dah jadi ber orang- orang. Lebih dari seorang dah ni. Tak kisahlah. Adrina bersalaman dengan Datin Maria dan tunduk hormat pada Dato’ Mahfoodz. Eh? Kawan baik sejak zaman sekolah? Kenapa tak pernah jumpa pun?

Dr. Musa menjongket keningnya. Dia bagaikan mengerti apa yang terlintas di fikiran anaknya itu. “Kami lost contact dan baru saja jumpa semula dua bulan yang lalu. Terserempak di hospital.”

“Eh takkan nak berdiri di luar aje. Jemputlah masuk.” Datin Maria menarik tangan Adrina. “Adrin suka tomyam kan? Aunty ada buatkan tomyam special untuk Adrin.”

Eh? Aunty? Datin = Aunty? Boleh ke? Macam mana boleh tahu aku suka tomyam ni? Mesti abi yang cerita ni. Adrina memandang sekilas abinya. Abinya hanya tersengih. Sah! Memang dah terang lagi mau suluh?

“Adrin memang suka sangat tomyam. Memang favourite Adrin. Datin...” belum sempat Adrin menghabiskan ayatnya.

“Haaa.... janganlah macam tu. Panggil aje aunty. Lagi senang panggil mama. Adrin panggil mama lah ea? Mama pun takde anak perempuan.” Datin Maria tersenyum manis.

Pulak? Datin -> Aunty -> Mama = Mama? Adrina memandang Datin Maria dan turut senyum. Ok jugak. Aku pun takde mama. Bukan orang lain. Isteri kawan baik abi. Kalau tak, memang fikir banyak kali jugaklah baru kenal terus nak panggil mama.

“Mama masak sendiri ke tomyam ni?”

Datin Maria tersenyum puas kerana Adrina setuju memanggilnya mama. Dia menarik kerusi untuk Adrina duduk. Adrina agak segan kerana dilayan begitu. Tapi dia tetap akur apabila Datin Maria menyuruhnya duduk.

“Mestilah! Mama buat khas untuk anak perempuan mama. Ha Musa jemputlah. Kalau iya pun nak borak dengan Mahfoodz, jemput makan dulu. Lepas makan boraklah panjang- panjang.”

Dr. Musa dan Dato’ Mahfoodz beriringan ke meja makan. Dr. Musa tersenyum senang dengan layanan Dato’ Mahfoodz dan Datin Maria. Malam itu Dr. Musa menyatakan keputusan muktamadnya kepada Dato’ Mahfoodz dan Datin Maria. Orang yang paling gembira mendengar keputusan itu ialah Datin Maria.

***

Hanya seminggu saja lagi Adrina bakal mendirikan rumah tangga sekaligus bergelar isteri. Walaupun begitu dia langsung tidak berminat untuk ikut campur dalam urusan persiapan perkahwinannya. Sudah berbuih mulut Dr. Musa menasihatinya tetapi alasannya hanya satu, sibuk dengan program yang akan diadakan di perpustakaan nanti. Adrina bernasib baik kerana segala persiapan diurus oleh mamanya, Datin Maria yang merupakan bakal ibu mertua Adrina dan Datin Maria langsung tidak kisah dengan tindakan Adrina itu. Persetujuan Adrina untuk berkahwin dengan anaknya pun sudah cukup memuaskan hatinya. Sudah hampir 5 bulan usia perkenalan antara Datin Maria dan Dato’ Mahfoodz. Hubungan mereka juga semakin rapat dan mesra.

Walaupun Adrina kerap juga bertemu dengan mama dan papa angkatnya itu namun sekalipun dia tidak pernah bersua muka dengan bakal suaminya. Mana tidaknya, setiap kali ingin jumpa mama dan papanya soalan pertama yang ditanya ialah
“mama berdua aje dengan papa kan”? dan begitulah juga setiap kali bakal suaminya datang ke rumahnya dengan mama dan papa, ada saja alasan yang diberi.

Tempoh hari abi mengetuk pintu biliknya, “Adrin, mama dan papa datang. Dia pun ada sekali kat bawah.” Alasan yang diberi dia CB (cirit birit). Sebaik saja mama dan papanya serta si dia tu pulang berasap juga telinganya mendengar leteran abinya. Adrina langsung tiada hati dengan perkahwinannya yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Dia setuju dengan perkahwinan ini pun kerana abinya yang bersungguh- sungguh memintanya setuju. Itupun bersyarat, dia tidak mahu bertunang. Hatinya sudah tertutup untuk mana-mana lelaki. Kerana itu nama bakal suaminya pun dia tidak ingin tahu. Album yang diberi mamanya juga masih tersimpan elok di dalam almari. Tidak pernah dibeleknya walaupun sekali.

***

Tidak berkelip mata Adrina memandang bakal suaminya yang elok bersila di sebelah abinya. Semua yang hadir di masjid besar itu tidak henti- henti memuji kecantikan dan kekacakan pengantin lelaki dan pengantin perempuan. Tetapi itu semua tidak menjadi persoalan. Yang menjadi persoalannya ialah wajah bakal suaminya yang mirip dengan wajah orang yang pernah menghinanya dulu.

“Daniel dah sedia?” soal abi dengan wajah yang berseri- seri mengalahkan pengantin. Maklumlah nak dapat menantu.

Daniel? Abi panggil dia Daniel? Nama dia Daniel ke? Memang sah bukan pelanduk dua serupa. Kenapa aku mesti nikah dengan dia? Macam mana ni? Apa aku nak buat ni? Takkan nak bantah sekarang? Malulah abi, mama, dan papa nanti. Ya Allah apa aku nak buat ni? Menyesal tak tengok gambar dia dulu. Adrin buntu. Aku tak mungkin dapat hidup bahagia dengan lelaki itu. Tak mungkin!

“Kau Sofea?” Sofea mengangguk menjawab pertanyaan Daniel.

Daniel dan Qawil serentak ketawa terbahak- bahak. Daniel mengesat air matanya. Entah apa yang terlalu lucu bagi Daniel tidak sofea ketahui.

“Kau tu tak layak jadi awek aku. Mati hidup semula pun aku tak sanggup. Hahahahahaha. Dahlah gemuk, hodoh. Macam anak gergasi dah aku tengok kau tu, dengan tinggi melangit. Rendah sikit aje dari aku. Kau ni spesies gergasi ke spesies...”

Panggg! Tangan Sofea melekat kemas di pipi kiri Daniel. Kata- kata Daniel mati di situ saja. Qawil yang sedang ketawa mengekek dari tadi terkedu melihat adegan itu.

“Adrina sayang...” Datin Maria menepuk lembut tangan Adrina sekaligus mematikan lamunannya. Adrina memandang huluran tangan Daniel. Entah bila dia sedar sahaja jari manisnya telah tersarung sebentuk cincin emas dan sebentuk cincin perak di jari manis Daniel. Wajah dan tangan Daniel dipandang silih berganti. Akhirnya disambut jua huluran tangan Daniel. Setelah dia bersalaman dengan Daniel, laju sahaja Daniel mencium dahinya. Saat itu ingin sahaja dia menumbuk lelaki dihadapannya itu. Tetapi itu semua mustahil terjadi.

***

Seminggu berlalu. Adrina termenung di taman mini milik Daniel. Pelbagai jenis pokok yang ada di taman itu. Seminggu bagaikan setahun baginya. Dia tidak menyangka dia harus tinggal berdua dengan Daniel. Sebelum kahwin dengannya lagi Daniel memang tidak tinggal bersama dengan papa dan mama. Dengan kata lain, tinggal berasingan.

Daniel tersenyum senang melihat isterinya sedang ralit memerhati pokok bunga orkid. “Hai sayang...kerusi punya banyak tapi sayang nak jugak ambil tiket berdiri.”

Tangan Daniel sudah pun melingkari pinggang ramping Adrina. Daniel mencium pipi isterinya. Adrina terkedu. Dia hanya diam, langsung tidak senyum dan membalas kata- kata Daniel itu. Daniel sedar itu, seminggu usia perkahwinan mereka dan sepanjang tempoh itu juga isterinya tidak pernah senyum dengannya apabila berduaan seperti sekarang. Panggilan dari telefon bimbit milik Daniel membuatkan Adrina berasa lega. Daniel tidak lagi memeluknya dari belakang. Setelah beberapa minit, Daniel kembali menyambung perlakuannya tadi. Ah! Sekali lagi? Kenapalah aku tak masuk ke dalam aje tadi? Adrina berasa tidak senang.

“Adik abang call tadi. Dia tanya pasal sayang. Dia puji nama sayang cantik. Adrina Sofea. Dia tak sabar nak jumpa sayang.” Adrina mencebik. Eleh tak tanya pun. Daniel perasan Adrina mencebik. Dia tersenyum nakal.

“Sayang buat lagi mulut macam tu, abang kiss sayang.” Serta merta Adrina menekup mulutnya dan berlari ke dalam rumah. Adrina dengar Daniel ketawa geli hati. Mengada!

***
Huuuuh...penatnya. Banyak betul kerja hari ni. Adrina mengerling jam di dinding. Pukul 5.30 petang, biasanya dia pukul 6.30 petang baru sampai rumah. Daniel bekerja sebagai pengarah bahagian pemasaran di syarikat milik papanya. Baik aku mandi cepat. Lecehlah asyik tukar baju dalam bilik air selalu.
Adrina menyanyi riang di dalam bilik air.

“Sayang? Sayang mandi ke karaoke dalam bilik air tu?” Adrina yang sedang syampu rambutnya sambil menyanyi terus terdiam. Cepatnya dia balik. Kenapa balik cepat ni? Alamak! Macam mana nak keluar nanti? Sehelai baju pun tak bawa masuk tadi.

“Sayang. Abang nak mandi sekali boleh?” serta merta Adrina bergerak ke pintu bilik air menghadang pintu itu dengan tubuhnya. Daniel yang mendengar derap kaki Adrina tersenyum.

“Hehehehe. Gurau aje. Abang mandi kat bawah. Daa.” Ish dia ni! Buat suspense aje. Adrina lega apabila mendengar bunyi pintu bilik ditutup Daniel. Dia segera membilas rambutnya, bimbang Daniel masuk ke bilik semula kerana dia tidak mahu Daniel melihatnya dalam keadaan berkemban apabila keluar bilik air nanti.

***

Sudah hampir tiga bulan mereka bergelar suami isteri. Sepanjang tempoh itu jugalah pelbagai cara yang digunakan Daniel untuk memikat isterinya. Namun hubungan mereka tetap dingin, tidak seperti pasangan lain. Adrina duduk memeluk tubuh. Angin di beranda membuatkan dia berasa sedikit sejuk. Dia mendongak melihat bintang di dada langit. Dia senyum. Setiap kali melihat langit membuatkan dia berasa tenang. Daniel di sebelah hanya memerhati isterinya. Cantik. Persis seorang model.

“Sayang dulu belajar di sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad ya?”

Ya!dah tahu tanya lagi. Satu sekolah dengan kau lah! Bisik hati Adrina, mustahil ayat itu terluah di bibirnya. Dia hanya mengangguk. Malas beramah.

“Em abang dulu belajar di Sekolah Integrasi.” Alah. Macamlah aku tanya. Tapi pandai jugak laki aku ni. Sekolah asrama penuh tu. Eh? Sepantas kilat Adrina berpaling ke arah Daniel.

“Bukan Sekolah Ahmad ke?” Daniel hanya menggeleng. Kening Adrina bertaut. Dia tipu aku ke? Suasana kembali diam seketika sehinggalah suara Daniel memecahkan sunyi.

“Sayang. Abang suka tengok gambar- gambar sayang. Sebelum kahwin abi bagi abang album gambar sayang. Gambar- gambar sayang buat abang jatuh hati dengan sayang. Masa sekolah menengah dulu sayang montel, cute sangat. Macam mana boleh jadi kurus macam sekarang?”

Cute kepala otak kau! Tak baik cakap suami macam tu. Bisik hati Adrina. Lantak lah. Dah kutuk aku bagai nak rak nak puji cute pulak sekarang? Wajah Adrina sudah berubah merah padam. Soalan Daniel dibalas dengan soalan.

“Ooohh... jadi awak dah tahu saya orang yang sama? Tapi kenapa masih setuju nak kahwin dengan saya? Bukankah awak pernah cakap dulu mati hidup semula pun awak takkan terima saya?”

Habis sahaja ayat terakhir Adrina terus masuk ke bilik, baring dan menyelimuti tubuhnya. Dia meninggalkan Daniel yang nyata terpinga- pinga tidak faham dengan soalan yang dilontar olehnya.

Daniel tidak dapat melelapkan matanya. Pertanyaan Adrina masih terngiang- ngiang di telinganya. Dia langsung tidak faham maksud isterinya itu. Apa salah abang sayang? Cara apa lagi abang perlu guna untuk pikat hati sayang? Akhirnya Daniel terlelap bertemankan esak tangis isterinya.

***

Adrina terkejut apabila wajah Daniel berada begitu hampir dengannya. Serta merta Adrina bangkit dan malangnya. Cuppp!

“Thanks sayang. Mmuahh.” Daniel membalas dengan mencium pipi Adrina. Wajah Adrina merah padam. Marah + malu, semuanya bercampur.

“Kenapa awak letak muka awak dekat muka saya?”

“Eh? Bila pulak abang letak muka abang dekat muka sayang? Macam barang aje nak main letak sana sini. Hahahaha. Jangan salahkan abang ea. Abang cuma nak gerak sayang bangun, sayang yang tiba- tiba bangkit melulu. Kan dah ter tetttt. Hihihihi.” Jawab Daniel beserta gaya tangan di mulutnya. Dia sedar Adrina tersalah cakap. Ada ke patut letak muka??? Haha. Baru saja Adrina ingin membalas kata- kata Daniel...

“Oklah. Abang salah. Sayang aje yang betul. Sorry ea. Jom balik rumah mama nak?”
Adrina hanya mengangguk kerana dia juga rindu pada mama.

“Tapi esok saya nak balik rumah abi.”

“Apa saja sayang. Asalkan boleh buat sayang bahagia dan senang hati. Jom mandi sama?” Daniel mengenyit matanya. Wajah Adrina kembali merah.
“Ok. Itu maknanya abang mandi dulu kan sayang? Hehehe.”

Adrina hanya memandang Daniel yang sudah bergerak ke bilik air. Dia sentiasa layan aku dengan baik. Dia tahu aku orang yang sama tapi kenapa dia masih layan aku dengan baik? Adakah kerana dia rasa bersalah atas perbuatannya dulu? Berdosanya aku. Walaupun aku menjaga makan, pakainya tapi aku selalu menolak setiap kali dia ingin bermesra denganku. Mungkin aku perlu mula dari sekarang untuk belajar memaafkannya.

Daniel sengaja menunjukkan wajah ceria. Hakikatnya hatinya sangat runsing memikirkan hal semalam ditambah pula dengan mata Adrina yang sedikit bengkak. Mustahil boleh membuatkan dia senang hati. Dia ingin bertanya berkenaan soalan isterinya semalam tapi bimbang isterinya menangis lagi.

***

Adrina bermain cincin belah rotannya. Sekejap dibuka sekejap disarung semula. Perbuatannya itu membuatkan pemanduan Daniel sedikit terganggu. Adrina sedar tapi sengaja buat tak tahu. Dia masih mengulang perlakuannya itu sehingga membuatkannya perasan ada ukiran di sebalik cincin itu. Adrina Sufian? Salah eja nama aku ke?

“Sayang. Nanti kalau terjatuh, terselit kat mana- mana kan susah pulak nak mencari.”
Adrina tidak mengendahkan teguran Daniel.

“Kenapa awak bagi cincin lagi kat saya? Kan dah ada cincin kahwin?” Cincin itu dihadiahkan untuknya pada hari ketiga mereka sah bergelar suami isteri. Daniel senyum. Senyum saja dia ni. Handsome sangatlah tu? Tapi memang handsome pun.

“Cincin kahwin tu mama yang pilihkan so yang belah rotan ni pilihan abang. Kenapa? Sayang tak suka ke?”

“Takdelah. Tanya aje. Kenapa Adrina Sufian? Awak salah eja ke?” Daniel senyum lagi. Senyum lagi? Aish dia ni. Senyum saja.

“Hai isteri abang ni. Nama suami sendiri pun tak tahu? Nama abang kan Daniel Sufian. Sampai hati sayang tak ambil tahu nama abang.” Daniel membuat mimik muka seperti kanak- kanak yang menahan sebak ingin menangis. Sob sob sob isk isk isk...tadi senyum bukan main. Ni nak nangis pulak?

Adrina senyum. Dan akhirnya ketawa geli hati melihat mimik muka Daniel. “Hehehe. Sorry.” Daniel terpana. Bukan kerana Adrina minta maaf dengannya tapi kerana ini adalah kali pertama Adrina senyum dan ketawa padanya. Cantik. Hampir sahaja pemanduannya hilang kawalan kerana terlalu ralit melihat senyuman isterinya. Adakah hati Adrina sudah terbuka untuknya?

Sebaik sahaja sampai, Mama dan papa menyambut kedatangan mereka dengan wajah berseri- seri. Seperti biasa Adrina dilayan dengan begitu baik sekali mengalahkan anak sendiri. Maklumlah menantu pilihan.

***

Adrina mencari kelibat Daniel. Lamanya pergi 7 eleven. Sewaktu Adrina turun dia perasan Daniel sedang menonton tv. Oohh dah balik rupanya. Senyap- senyap aje. Biasa mesti cari aku dulu tapi kali ni tv yang diutamakan dulu.

“Awak. Esok nak gerak ke rumah abi pukul berapa?” soal Adrina. Daniel Shafiq yang sedang menonton tv berpaling ke arah Adrina.

Agak lama. Sehingga membuatkan Adrina tidak senang dengan pandangan Daniel itu seolah- olah baru kali pertama melihatnya. Ooohhh, jadi inilah Adrina Sofea? Menantu pilihan mama. Boleh tahan. Cantik. No wonder lah abang Pian setuju.

“Abi? Saya tak nak balik rumah abi. Kalau awak nak balik rumah abi jugak kita balik minggu depan. Keputusan saya muktamad!” Daniel Shafiq senyum sinis. Sengaja mengusik kakak iparnya. Alah kalau merajuk pun gerenti abang Pian boleh pujuk. Hehehehe.

Saya? Awak? Dia panggil aku awak? Tiba- tiba cara cakap pun kasar. Akhirnya kau tunjuk juga perangai sebenar kau Daniel. Aku baru niat nak berbaik dengan kau. Aku tarik balik niat aku. Adrina agak kecil hati dengan layanan Daniel.

“Assalamualaikum.” Adrina yang baru hendak mendaki tangga, kaku. Habis tadi aku cakap dengan siapa? Hantu ke? Daniel yang terpandang Adrina ingin naik ke atas, menegur Adrina.

“Sayang nak tidur dah ke? Kalau belum mengantuk abang nak minta sayang temankan abang tengok tv. Boleh?” Adrina hanya mengangguk.

“Mama dan papa mana? Dah tidur ke?” Angguk lagi. Dia masih tertanya- tanya. Dengan siapa dia bercakap tadi? Patutlah cara cakap pun berbeza dengan suaminya. Daniel beriringan dengan Adrina ke sofa. Daniel Shafiq hanya senyum pada mereka. Dia dapat mengagak abangnya pasti terkejut dengan kepulangannya. Dia memang sengaja tidak menyambut kepulangan abangnya tadi. Bukan dia tidak dengar abangnya memberi salam. Nak bagi surprise lah kononnya.

“La... bila Fiq balik? Patutlah mama dan papa beria suruh abang balik. Sayang, kenalkan adik kembar abang, Daniel Shafiq. Dia tak hadir masa majlis kita hari tu sebab ada exam. Sekarang tahun akhir. Dia belajar di University Birmingham. Dulu adik abang ni pun belajar di SMK Ahmad. Sayang kenal dengan dia?”

“Pagi tadi dah Fiq sampai. Masa abang sampai tadi Fiq takde, keluar jumpa kawan. Cantik kakak ipar Fiq. Dah kenal dah tadi.” Jawab Daniel Shafiq.

Daniel senyum mendengar jawapan adik kembarnya. Sementara Adrina pula diam seribu bahasa. Jadi selama ni aku dah salah orang? Ya Allah. Bersalahnya rasa. Dia tidak menjawab pertanyaan Daniel sama ada dia kenal atau tidak dengan Shafiq. Matanya sudah merah. Bila- bila masa saja empang air matanya akan pecah. Daniel agak pelik dengan reaksi isterinya itu. Kenapa pulak tiba- tiba buat muka nak nangis ni? Aku salah cakap ke?

“Fiq. Abang naik dululah. Esok kita borak panjang. Tiba- tiba mengantuk pulak mata ni. Pergi 7 e semata- mata nak cari topup tapi jalan jam bukan main. Letih drive sebab jalan jam.”
Daniel Shafiq hanya mengangguk. Kalau diikutkan hati Daniel, mahu sahaja dia berborak panjang dengan adiknya itu tapi Adrina membuatkan dia terpaksa menangguhkan niatnya itu dulu. Daniel memimpin tangan Adrina. Sampai saja dibilik, dia mengajak Adrina duduk di katil, sebelah dengannya. Adrina akur. Daniel memegang tangan Adrina.

“Kenapa ni sayang? Abang ada buat salah ke?” Adrina hanya geleng. “Habis tu? Kenapa nak nangis ni? Abang tak paksa pun kalau sayang tak boleh teman abang tengok tv.”

Adrina tergelak sedikit. Apalah laki aku ni. Takkanlah nak nangis sebab tu? Daniel pelik. Tadi nak nangis. Ni gelak pulak? Adrina memegang kedua tangan Daniel. Dia melutut di depan Daniel dan mencium tangan Daniel. Daniel kaget.

“Abang. Saya minta maaf. Maafkan segala perbuatan saya terhadap abang sepanjang pernikahan kita.” Akhirnya empangan air mata Adrina pecah jua. Daniel terkedu. Akhirnya Adrina memanggilnya dengan panggilan yang dinantinya selama ini. Malam itu Adrina menceritakan segalanya dan punca dia dingin terhadap Daniel. Adrina memintanya merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan keluarganya terutamanya Daniel Shafiq. Daniel memohon maaf bagi pihak adik kembarnya dan mengatakan bahawa Daniel Shafiq memang seorang yang ‘mulut lepas’ sejak kecil lagi. Adrina hanya senyum seraya mengangguk. Memang dia sudah nekad ingin melupakan kenangan pahit itu.

“Abang harap sayang dapat maafkan adik abang. Walaupun mulut adik abang tu lazer dan agak kasar percakapannya tapi dia hormat habis kat abang tau sebab abang satu- satunya adik beradik yang dia ada, dan abang percaya dia mesti hormatkan sayang sepertimana dia hormat abang.” Ujar Daniel dengan wajah yang penuh keyakinan.

Yalah tu. Hormatlah sangat. Tadi pun aku dah kena ‘gula’ dengan Daniel kuasa dua tu! Bisik hati Adrina.

“Habis tu sekarang ni sayang ada hati dengan adik abang lagi tak?” Soal Daniel.

“Apalah abang ni. Saya dah ada abang kan. Lagipun abang jauh lebih kacak dan baik serta romantik. Kenapa tak bagitahu abang ada kembar?”

“Sayang tak tanya. Betul ni abang lagi kacak?” Adrina hanya mengangguk sambil tersenyum.

“Tapi kan abang tak puas hatilah dengan sayang.” Kening Adrina bertaut. Tak puas hati apa pulak ni? Daniel meletakkan jari telunjuknya di antara kedua kening Adrina.

“Suka sangat kerut kening. Janganlah kerut kening gitu. Nanti cepat tua. Setakat puji kacak, baik, romantik, mana cukup sayang.”

“Belum cukup?” Soal Adrina. Daniel menggeleng.
“Abang nak tebus semua, boleh? Dan kalau boleh janganlah bahasakan diri ‘saya’. Tak bestlah. Kan abang panggil sayang.”

Tebus? Bahasakan diri sayang? Wajah Adrina sudah berubah warna. Malu.

“Boleh. Tapi esok sayang nak balik rumah abi, boleh?” Dengan malu- malu Adrina membahasakan dirinya sayang.

Adrina sudah membahasakan dirinya sayang sepertimana yang Daniel mahukan. Daniel tersenyum meleret seraya mengangguk setuju. Apa saja untukmu sayang. Daniel mencium pipi isterinya. Dan Adrina membalas. Daniel terkedu dengan reaksi Adrina yang agak drastik itu namun akhirnya dia senyum. Akhirnya bahagia milik mereka. Sejak itu, hubungan mereka semakin baik dan sama seperti pasangan suami isteri yang lain. Kadang-kadang berterus terang itu lebih baik daripada memendam atau berdiam diri kan? -TAMAT


Demikianlah Info postingan berita CERPEN: BERIKAN AKU CINTA/ ORKID PUTIH

terbaru yang sangat heboh ini CERPEN: BERIKAN AKU CINTA/ ORKID PUTIH, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sekian info artikel kali ini.

Anda sedang membaca posting tentang CERPEN: BERIKAN AKU CINTA/ ORKID PUTIH dan berita ini url permalinknya adalah https://indodongeng.blogspot.com/2013/11/cerpen-berikan-aku-cinta-orkid-putih.html Semoga info lowongan ini bisa bermanfaat.

Subscribe to receive free email updates: