Puteri Kesatria Nusantara
Puteri Kesatria Nusantara - Hallo semuanya Pembaca Berita, Pada postingan berita kali ini yang berjudul Puteri Kesatria Nusantara, telah di posting di blog ini dengan lengkap dari awal lagi sampai akhir. mudah-mudahan berita ini dapat membantu anda semuanya. Baiklah, ini dia berita terbaru nya.
Judul Posting : Puteri Kesatria Nusantara
Link : Puteri Kesatria Nusantara
Anda sedang membaca posting tentang Puteri Kesatria Nusantara dan berita ini url permalinknya adalah https://indodongeng.blogspot.com/2013/11/puteri-kesatria-nusantara.html Semoga info lowongan ini bisa bermanfaat.
Judul Posting : Puteri Kesatria Nusantara
Link : Puteri Kesatria Nusantara
Rambutnya
memutih, matanya mulai kabur. Dengan perlahan-lahan tangannya menolak tayar
kerusi roda, ia bergerak perlahan-lahan menuju ke arah cahaya matahari yang
tembus melalui celah-celah jendela. Rumah teres yang didiami itu terletak di
pinggir ibu kota. Umurnya kurang lebih 60 tahun. Di kalangan jiran-jiran, dia
lebih mesra dipanggil Mak Jah sahaja. Di sebalik mata yang berkaca-kaca dan
keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan dia menyimpan terlalu banyak kisah dan
pengalaman yang bukan semua wanita mengalaminya. Pengalaman sebagai seorang
pejuang yang mahu memartabatkan hak wanita. Dia berjuang hampir 30 tahun di
segenap pelusuk Nusantara bermula dengan Indonesia, Singapura dan akhirnya di
Tanah Melayu (Malaysia). Susur galur dirinya dari tanah Pagar Ruyung yang kuat dengan adat pepatih. Latar belakang
budaya ini menyebabkannya mempunyai jati diri dan sifat kepimpinan semulajadi.
“Apa yang ibu renungkan tu? Lebih
baik ibu berehat, “ sapa anaknya.
“Ibu
dah tua Yati, kudrat pun dah makin kurang, penyakit pula datang silih berganti,
tapi ibu bernasib baik, ada anak seperti engkau, yang sanggup bersusah payah menjaga ibu.”
“Ala,
ibu ni kan tanggungjawab Yati. Saya faham perasaan ibu kepada anaknya. Pada
Yati, ibu bukan hanya ibu kepada Yati
dan adik-adik, ibu juga adalah ibu kepada wanita-wanita di Nusantara ini.
Perjuangan ibu untuk membela hak wanita tidak mengenal sempadan negara.
Kegigihan ibu pada masa lalu menyaksikan kaum wanita sekarang, banyak yang
berpelajaran dan mempunyai kedudukan yang tinggi dalam pekerjaan.”
“Emm, ibu tak kisah sama ada jasa
ibu akan dikenang atau tidak, perjuangan ibu ikhlas semata-mata kerana Allah
bukan untuk mengejar kebendaan dan pangkat.”
“Minum
air ni dahulu ibu,” Yati menyuguhkan gelas kaca ke mulut ibunya. “Ibu
baringlah, banyakkan berehat.” Ketiak ibunya dipangku dengan kudrat wanita,
kemudian memegang pinggang yang semakin uzur,
lalu merebahkan badan ibunya perlahan-lahan. Badannya yang semakin tua
mengesot perlahan-lahan di atas tilam kekabu. Dia berasa sedikit selesa dan
lega. Matanya tidak mahu terlelap, jarum
jam baru menunjukkan angka sepuluh .
Matanya merenung kipas jenama KDK berwarna putih berpusing. Lama kelamaan
fikiran dan kenangan lama mula muncul kembali. Pemandangan sawah padi
menguning dilatari wajah matahari dan
gunung menghijau di Pariaman sebuah daerah di Minangkabau tidak mungkin dapat dilupai seumur hidupnya,
di situlah dia dibesarkan dengan warna kental adat pepatih yang memberikan hak
menjaga tanah adat kepada kaum hawa.
Di sela-sela keremajaannya
menyaksikan gelombang kemerdekaan dan gelora anak-anak muda Indonesia untuk
mencapai kemerdekaan. Situasi yang sentiasa memanas , mendorong dia membuat
pilihan bekerja sebagai seorang guru sebaik sahaja menamatkan pelajaran di
sekolah menengah. Ketika itu umurnya baru menjejaki usia 19 . Tekadnya , menanamkan semangat kemerdekaan
kepada anak bangsa. Setelah setahun mengajar,
dia menubuhkan pertubuhan wanita yang bernama Semangat Bonda , seingatnya
tahun 1938. Tujuan persatuan ini adalah mengobarkan semangat kemerdekaan di
jiwa wanita Indonesia yang berpendidikan. Akibat persatuan berbau politik, dia
ditukarkan ke daerah pendalaman di Biruen, Aceh hingga kedatangan Jepun pada
tahun 1942.
Ketika kedatangan Jepun, dia belajar bahasa
dan tulisan Honji, Hirakana dan Katakana. Kebolehannya itu membolehkan dia
dilantik sebagai Presiden Seksi Wanita ; Persatuan Pemuda Republik Indonesia.
Pada bulan November 1944, ketika Jepun
hampir menyerah kalah kepada pihak bersekutu, Mak Jah
bersama beberapa orang rakan-rakannya menubuhkan pertubuhan wanita bagi memperjuangkan kemerdekaan, ia dinamakan ‘Puteri Kesatria’ . Masih terbayang di kotak fikirannya, 1000 orang anggota Puteri Kesatria yang berpakaian serba
putih berbaris penuh displin ala tentera menyambut kedatangan Menteri Pertahanan
Indonesia, Pak Amir Syariffuddin di
Bukit Tinggi. Kata bicaranya bersama Pak Menteri masih diingatinya. “Andai
kata tanah air kita jatuh, kami kaum
wanita akan bersedia berkorban bersama kaum lelaki; kami sesekali tidak akan
berlutut kepada musuh!”
Bibirnya menguntum senyum sambil
matanya berkelip-kelip ketika mengenangkan bicaranya kepada ‘Pak Menteri’
puluhan tahun dahulu. Di luar rumah
terdengar deruman enjin kereta memasuki perkarangan rumah. Cucunya, yang
dipanggil Ija baru pulang dari sekolah.
“Ija pergi jenguk nenek tu, kalau nenek
nak apa-apa beritahu pada ibu.”
“Nek,
ibu tanya, nek nak apa-apa tak?” tanya Ija manja.
“Tolong ambilkan air Ija,” kata Mak Jah kepada
cucunya. Dengan pantas Ija berlari ke arah dapur, lalu menuang air ke dalam
cawan.
“Sila
minum nek.”
“Terima kasih cu, kamu mesti belajar bersungguh-sungguh. Dengan ilmu insyallah
kamu akan dapat menjalani hidup dengan lebih baik nanti.”
“
Mak kata, nek boleh bercakap dalam bahasa Jepun dan Belanda betul ke nek?”
“A’aa, nek belajar masa nek duduk di Sumatera
dulu; pada masa nenek sekolah di
Sumatera dulu, semua murid tidak dibenarkan bercakap Bahasa Melayu. Semua mesti
bercakap dalam bahasa Belanda, jika tidak akan dikenakan denda.”
“Oh macam tu,” kata Ija melongo. “Bahasa Jepun
pula nenek belajar semasa kedatangan
Jepun. Ketika itu nenek adalah guru, jadi semua guru diwajibkan untuk
menghadiri kursus bahasa Jepun.”
“
Nenek ingat tak lagi bahasa Belanda dan Jepun tu?” tanya Ija penuh minat .
“Nek
masih ingat sikit-sikit, nanti ada masa nek akan ajar Ija.”
“Ya
ke nek, saya tak sabar rasanya nak belajar.” Mukanya Ija tersenyum manis ke
arah neneknya.
“Mak, mari kita makan. Saya masakkan
lauk kegemaran mak, ikan patin masak
lemak cili padi. “ Yati menyorong kerusi roda ibunya perlahan-lahan ke arah
meja makan.
“Kau
ni Yati, macam tau-tau saja selera mak. Maklumlah orang Minangkabau, walau beribu batu merantau, masakan
tradisi takkan dilupakannya,” kata Mak Jah sambil menjeling anak kesayangannya.
Selepas selesai menikmati hidangan, Yati
mengambil air lalu membasuhkan jemari ibunya, kemudian memapah Mak Jah untuk berehat
di sofa sambil menonton televisyen. Mak Jah merenung gerak tubuh anak perempuan yang
setia menjaganya. Anaknya yang berada dihadapannya sekarang adalah bukti
perjuangannya puluhan tahun yang lalu. Yati, atau nama sebenarnya Khadria
Taswim Malahayati dilahirkan di Hospital bersalin di Singapura pada 14 Mac 1949.
Bayi perempuan yang tidak mengerti
apa-apa itu, hanya sempat menyedut udara luar selama seminggu. Yati yang
masih berusia seminggu terpaksa terkurung
di dalam penjara bersama ibunya akibat
tuduhan ‘bersubahat dengan beberapa
orang Komunis Indonesia untuk menggulingkan
kerajaan British di Singapura.’
Mak Jah semasa di Singapura bergiat aktif dalam
persatuan kebajikan wanita yang bernama Himpunan Wanita Indonesia Malaya atau singkatannya HWIM. Dia
dilantik sebagai presiden persatuan yang menjalankan aktiviti kebajikan untuk wanita Indonesia yang tinggal di Singapura.
Walaupun begitu, pihak British sentiasa curiga dengan pergerakan ini, kerana mengetahui Mak Jah
pernah menjadi ketua kepada gerakan pemudi separa tentera Indonesia; ‘Puteri Kesatria.’ Kerana takutkan pengaruh pertubuhan HWIM, Mak
Jah ditahan oleh pihak British atas tuduhan Komunis. . Setelah mengalami pelbagai kesukaran di dalam
penjara , akhirnya Mak Jah dibebaskan pada
pada tahun 1950, ketika itu umur Yati lebih kurang setahun.
Mak Jah cuba untuk duduk, tapi
kepalanya berasa berpinar-pinar. “Ija! Ija!” laung Mak Jah memanggil cucunya. “Cuba kau tengok
ubat di bawah katil tu, kemudian bawakan
segelas air untuk nek,” kata Mak Jah lemah.
“Nanti
sekejap nek, Ija nak basuh tangan ni, “
balas Ija sambil membuka pili air di sinki. Gadis kecil itu, kemudian
membongkokkan badannya sambil menyelak cadar katil, ubat neneknya diambil lalu di bawa ke arah sofa ruang tamu.
Mak Jah mengambil ubat di tangan Ija lalu menelannya disusuli air putih. “Nek
tak apa-apa? ” tanya Ija.
“Tak,
nenek pening sikit sahaja tadi,dah lega dah, “ balas Mak Jah dengan suara yang
perlahan. “Nek...” panggil Ija merengek, apa kata hari minggu ni kita
pergi ambil angin di luar, tentu nek seronok.
Cikgu kata; nek, cahaya matahari
pada waktu pagi, baik untuk kesihatan kita.”
“Ya,
lah cu, apa-apa pun tanyalah ibu kamu dahulu,” kata Mak Jah.
Ija melonjak keriangan, ibunya
bersetuju untuk membawa, neneknya bersiar-siar ke taman rekreasi yang terletak
tidak jauh daripada rumah mereka. Sebaik sampai ke taman tasik, Yati terlebih
dahulu mengeluarkan kerusi roda yang terlipat di bonet belakang. Tangan Mak Jah
dipimpinnya perlahan-lahan turun daripada kereta. “Emm, segar betul udara di
sini, desih hati Mak Jah.” Matanya
memandang alam sekeliling yang dipenuhi tumbuhan menghijau. Kelihatan ramai
warga kota menghabiskan pagi mereka dengan melakukan pelbagai aktiviti di
taman. Mak Jah terpana apabila melihat
sebuah gerai yang berada di seberang tasik. Gerai itu mengingatkan jerih payahnya
membesarkan anak-anak ketika di Johor Bahru. Selepas bebas daripada penjara,
Mak Jah berniaga kecil-kecilan dengan membuka gerai menjual masakan Padang. Dia
mula berniaga dari waktu pagi hingga 12.00 tengah malam. Gerai yang dipanggil ‘Restoran Merdeka’ itu
telah mempertemukannya dengan rakan suaminya yang ingin menubuhkan sebuah parti
yang memperjuangkan orang Melayu di semenanjung. Setelah berbincang akhirnya
Mak Jah bersetuju untuk menjadi ahli Persatuan Melayu Semenanjung ataupun PERMAS
, dia dilantik sebagai Ketua kaum ibu PERMAS tetapi disebabkan beberapa masalah
parti ini tidak dapat berkembang.
Yati terus mendorong kerusi roda
ibunya di laluan pejalan kaki, “lihat di seberang sana
ibu, banyaknya burung
berterbangan.”
“Hidup ibu ni Yati, kadang-kadang ibarat
burung yang Yati lihat tu, sentiasa berhijrah daripada satu tempat ke satu
tempat, tapi takdir perhentian ibu, adalah negara Malaysia tercinta ini. Tadi,
semasa ibu merenung sebuah gerai makanan di seberang tasik, ibu teringatkan
‘Restoran Merdeka’ yang ibu buka puluhan tahun dahulu.
“Ishh,
ibu ni, Yati perhatikan sejak akhir-akhir ni asyik teringatkan kisah-kisah
lama sahaja.” Ija yang berpeluh-peluh
datang ke arah nenek dan ibunya. Mereka bersama-sama berjalan menyusuri taman
tasik tersebut.
Yati
mengepit senaskah akhbar harian yang dibelinya ketika dalam perjalanan
ke taman tasik tadi.”Apa berita penting hari ini Yati?”
“
Liputan tentang Perhimpunan Agung UMNO memenuhi ruang akhbar hari ini, ibu. Ija kau nak tau tak, nenek kesayangan kamu ni , hampir-hampir nak jadi menteri tau!” Mak Jah hanya tersenyum mendengar omelan anak
dan cucunya. “Nenek kamu dahulu, adalah Ketua Kaum Ibu UMNO Malaya atau Ketua
Wanita UMNO yang kedua selepas Ibu Zain. Semasa itu emak pun masih kecil lagi.
“Betul
ke nenek?”
“Emm,betul, masa tu, tahun tahun 1953. Ibu
Zain cuba pujuk nenek menyertai UMNO, pada mulanya nenek enggan, kerana latar
nenek yang baru dibebaskan daripada penjara. Kebanyakan mereka yang dipenjara
adalah golongan yang bersikap’ keras’ terhadap penjajah. UMNO berpendirian
‘sederhana’ dalam menentang penjajahan.
Ketika nenek menyertai UMNO
terdapat beberapa golongan yang tidak menyenangi kehadiran nenek. Tapi, nenek
ikhlas; nenek menjelajah keseluruh negara untuk mengembangkan keahlian Kaum
Ibu. Nenek melatih mereka bagaimana
menyusun organisasi.”
" Ija tau, nenek meredah jeram
dengan menaiki bot untuk sampai ke Dabong, Hulu Kelantan. Airnya begitu deras
dan dipenuhi batu. “Wah, hebatnya nenek; nenek takut tak?” “Takut juga tapi demi perjuangan, nenek
tabahkan hati.” “Allhamdulillah berkat
kerjasama semua orang, nenek berjaya
tubuhkan 130 cawangan di seluruh negara,dan mendaftarkan 10,000 orang wanita
menjadi ahli UMNO hanya dalam masa 10 bulan. Kaum Ibu pada tahun 1953 menjadi sayap UMNO yang kuat.
Oleh itu nenek menyuarakan agar hak mengundi dan bilangan wakil Kaum Ibu ditambah pada persidangan UMNO 1953,” jelas Mak Jah sambil menjeling ke arah Yati.
“Jodoh
nenek kamu bersama UMNO tidak panjang Ija, hanya tiga tahun,” terang Yati
kepada anaknya.
“Kenapa?”
“ Nenek kamu dituduh terlalu lantang dan berani menyuarakan pendapatnya. Nenek kamu hanya
dapat bertahan tiga tahun bersama UMNO.”
“Ija, tolong ambilkan makanan dalam
kereta, bawakan ke arah pohon rendang di hujung tu, “ kata Yati sambil jari
telunjuknya dihalakan ke arah pohon. Tangan halus Yati menuntun ibunya perlahan-lahan ke arah pohon rendang yang berhadapan dengan tasik. Mereka bertiga
makan dengan berselera sekali, pulut kukus disandingkan dengan rendang
Minangkabau. Ketika asyik menikmati makanan, Ija bersuara memecahkan suasana yang hening,
“Nenek, ibu kata, ketika nenek masih
muda, nenek pernah menjadi wakil rakyat,
ya ke nek?”
“Macam
ni, selepas nenek dipecat daripada UMNO, nenek tidak menyertai apa-apa parti,
hanya pada tahun 1958 nenek menjadi ahli Parti Islam Se Malaya (PAS). Kebetulan
setahun selepas itu pilihanraya umum diadakan; nenek yang bertanding di Parlimen Dungun,
Terengganu berjaya memenangi
pertandingan.
“Berapa
tahun nenek menjadi ahli parlimen?”
“Hanya
lima tahun sahaja, dari tahun 1959 hingga 1964. Ketika di parlimen nenek terus
menyuarakan pembelaan terhadap hak kaum wanita, nenek mahukan kerajaan
meningkat taraf pendidikan dan kehidupan mereka terutamanya di kawasan luar
bandar. Sebagai Ketua Muslimat PAS, nenek menggalakkan wanita berusaha lebih gigih, kami
mengajarkan mereka pelbagai kemahiran dan seni rumahtangga supaya dapat membina
ekonomi sendiri, kanak-kanak perempuan
kami galakkan belajar dipelbagai sekolah untuk menimba ilmu. Tahun 1969 nenek
berkrisis dengan kepimpinan PAS lalu meletakkan jawatan. Hanya pada tahun 1972
nenek kembali menyertai UMNO. Tekad nenek untuk memperjuangkan pembelaan
terhadap wanita masih membara, pertengahan tahun 1970an, nenek dilantik oleh
kerajaan menjadi Pegawai Wanita FELDA,
tugas nenek memberi perangsang dan
semangat kepada kaum wanita FELDA untuk berdikari dan berusaha dengan gigih
membantu suami.”
“
Emm, banyaknya, pertubuhan dan parti nenek sertai sepanjang hidup nenek, “
kata Ija kagum.
”Prinsip
hidup nenek, ija; organisasi, pertubuhan, persatuan ataupun parti yang nenek sertainya hanya alat atau
wadah yang nenek gunakan untuk membela kaum wanita mencapai kemajuan dalam kehidupan
mereka,” ujar Mak Jah sambil menguntum
senyum.
Apabila sampai ke rumah, Mak Jah terus merebahkan badannya kerana
keletihan. Mak Jah atau nama sebenarnya Khatijah
Sidek sedar dia kini di hujung usia.
Segala tenaga dan fikirannya selama 30 tahun ini, telah digunakan sepenuhnya
untuk niat yang satu, membela dan memperjuangkan hak wanita. Walaupun
kadangkala, dia sendiri tidak menikmati hasil perjuangannya. Bagi Mak Jah,
kepentingan diri adalah tidak penting,
dia tidak mahukan balasan dan ganjaran apa yang diperjuangkannya. Dia yakin
segala amal baik yang ditaburkannya ketika di dunia tidak akan disia-siakan
oleh Allah di akhirat nanti . Mak Jah menganggap dirinya hanyalah insan biasa,
jasa dan ketokohannya tidaklah sehebat Raden Adjen Kartini, mahupun pahlawan
Acheh, Chut Nyak Dien ataupun Tun Fatimah, srikandi Melaka yang menentang Portugis .
Kalaupun namanya tidak terpahat, pada ukiran sejarah tanah air, dia takkan
kecewa; tidak sesekali. Apa pun, dia
kini boleh berbangga, dengan pencapaian wanita hari ini. Ketika hampir memejam mata, kelibat Ija,
cucu kesayangan datang menghampirinya, lalu menyanyikan lagu dengan
suara yang merdu;
Bersemangat Kesatria
Lagi jujur dan rela
Untuk capai maksudnya
Berani berkorban jiwa
Demikianlah Info postingan berita Puteri Kesatria Nusantara
terbaru yang sangat heboh ini Puteri Kesatria Nusantara, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sekian info artikel kali ini.
Anda sedang membaca posting tentang Puteri Kesatria Nusantara dan berita ini url permalinknya adalah https://indodongeng.blogspot.com/2013/11/puteri-kesatria-nusantara.html Semoga info lowongan ini bisa bermanfaat.