Misi Ke Obit

Misi Ke Obit - Hallo semuanya Pembaca Berita, Pada postingan berita kali ini yang berjudul Misi Ke Obit, telah di posting di blog ini dengan lengkap dari awal lagi sampai akhir. mudah-mudahan berita ini dapat membantu anda semuanya. Baiklah, ini dia berita terbaru nya.

Judul Posting : Misi Ke Obit
Link : Misi Ke Obit
Akhirnya,masa yang ditunggu-tunggu selama ini semakin hampir.Suasana di pusat kawalan misi menjadi semakin sibuk.Di skrin komputer,tertera begitu banyak data telemetri roket dan kapal angkasa yang perlu diproses.Segalanya perlu betul.Sedikit sahaja kesilapan sudah cukup untuk menjejaskan keseluruhan misi.Semua krew fokus kepada satu matlamat iaitu untuk memastikan misi ke orbit yang telah dirancang dengan teliti selama bertahun-tahun,berjalan lancar seperti yang telah diharapkan.


Dr. Hafiz yang bertindak sebagai komander misi,memikul tugas berat untuk memastikan misi ini berjaya dari awal hingga ke akhirnya.Pengalaman yang banyak dalam bidang sains angkasa melayakkannya untuk menyandang jawatan ini.Dia tidak mahu menghampakan dirinya sendiri dan seluruh rakyat Malaysia yang menaruh harapan menggunung terhadap mereka.Ketika ini,kegagalan… bukanlah satu pilihan.


Rakyat Malaysia mula memberi perhatian tentang penerokaan angkasa lepas apabila Dr, Sheikh Muszaphar Shukor menjadi rakyat Malaysia pertama yang terbang ke orbit bumi pada tahun 2007.Kejayaannya menjadi pencetus minat dan semangat kepada anak-anak muda untuk mendalami dan menguasai ilmu yang berkaitan dengan penjelajahan angkasa lepas.Ramai yang mahu mengikut jejak langkahnya hingga berjaya bergelar angkasawan.


Sebelum itu,cita-cita untuk menjadi angkasawan hanyalah angan-angan yang mustahil dan belum tentu dapat dicapai,terutamanya kepada rakyat Malaysia.Kini,semua itu tidak lagi mustahil.Segalanya sudah terbukti.Rakyat Malaysia juga mampu melakukan apa yang dilakukan oleh rakyat negara lain yang jauh lebih maju.Dengan usaha tanpa kenal jemu dan putus asa,tidak mustahil kita juga boleh menjadi jauh lebih hebat berbanding mereka.


Namun apa yang menyedihkan,masih ada lagi suara-suara sumbang di luar sana yang memperlekeh dan mempersoalkan rasionalnya misi ini dilaksanakan.Pelbagai alasan dikemukakan.Kononnya misi menghantar angkasawan ke angkasa hanyalah satu lagi bentuk pembaziran wang.Mereka berpandangan,bukankah lebih baik jika wang yang nilainya berbilion ringgit itu dimanfaatkan untuk membantu rakyat yang memerlukan kerana tidak semua rakyat Malaysia memiliki kehidupan yang senang.


Adakah mereka tidak sedar atau buat-buat tidak tahu tentang usaha kerajaan dalam membela rakyat? Tidakkah mereka yang mencemuh itu selama ini turut sama merasa nikmat kemakmuran negara.Kerajaan sentiasa membela rakyat tanpa memilih kasih berdasarkan fahaman politik sempit.Bagi kerajaan,rakyat sentiasa diutamakan.


Bercakap tentang wang,jika wang yang banyak itu dilaburkan kepada sesuatu yang memberi manfaat maka ia bukanlah satu pembaziran.Jika kita tidak sanggup membelanjakan wang,bagaimanakah kita hendak maju ke hadapan? Pembangunan dalam bidang sains dan teknologi memerlukan sokongan kewangan yang mantap agar apa sahaja yang dirancang dapat dicapai dan akhirnya memberi kebaikan kepada rakyat dan negara.


Sanggupkah kita melihat negara lain menjadi bertambah maju dan semakin jauh meninggalkan kita? Negara-negara maju sanggup melaburkan sejumlah wang yang banyak kerana mereka tahu pulangan besar yang akan diperolehi terutamanya dari aspek ekonomi.Kita sendiri sudah lama melihat hasilnya.Mahukah kita terus menjadi negara yang hanya tahu menggunakan teknologi dari luar tanpa mahu berusaha membangunkan teknologi kita sendiri. Siapa tahu jika apa yang kita bangunkan boleh jadi,lebih baik dan lebih ekonomikal,serta boleh dikongsikan dengan masyarakat dunia.


Sebagai umat Islam juga,bukankah kita dituntut untuk menguasai pelbagai bidang ilmu untuk kemaslahatan umat.Ilmu yang kita pelajari pula perlulah selari dengan zaman.Bukankah sekarang ini zaman moden di mana ilmu dan pengetahuan manusia sentiasa berkembang.


Bukankah sarjana-sarjana Islam pada zaman dahulu begitu hebat dalam menguasai ilmu pengetahuan hingga kita menjadi maju dan dihormati.Setiap daripada mereka sentiasa tekun mendalami lebih daripada satu bidang ilmu,di samping menjadi orang yang hafaz Al-Quran.Khazanah ilmu yang mereka pelopori menjadi panduan kepada kita sehingga ke hari ini.Kita begitu banyak terhutang budi kepada mereka.


Kegagalan umat Islam untuk menguasai ilmu pengetahuan menjadi salah satu punca runtuhnya tamadun gemilang yang telah dibina sejak ribuan tahun lamanya.Sekarang ini adalah peluang terbaik untuk kita mengembalikan semula kegemilangan itu dan seterusnya meninggikan martabat umat dan agama Islam di mata dunia.


Ah! Pedulikan pandangat jumud mereka terus-menerus mencemuh.Malaysia tidak memerlukan golongan manusia seperti ini yang tidak tahu untuk berpandangan jauh.Kritikan mereka juga tidak membawa manfaat kepada masyarakat.


Misi ini adalah misi penting yang akan melonjakkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang menguasai angkasa lepas setaraf dengan negara maju seperti Amerika Syarikat,Rusia,Eropah dan China.Kita boleh melakukannya.Kita melakukannya kerana kita mampu!


Jika dahulu kita perlu menumpang kapal angkasa milik negara lain untuk ke orbit,kini kita boleh berbangga kerana sudah mempunyai kapal angkasa sendiri.Kapal angkasa yang kini sedang berada di tapak pelancaran dalam keadaan siap sedia dan hanya menanti masa untuk terbang membelah langit.


Ia adalah hasil kepakaran anak-anak Malaysia yang suatu ketika dahulu masih berada di sekolah dan universiti ketika Dr, Sheikh Muszaphar Shukor terbang menaiki kapal angkasa Soyuz ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).Generasi inilah yang mendapat inspirasi dan dorongan untuk menjadi angkasawan dan saintis roket bertaraf antarabangsa.Tidak terkecuali juga Dr. Hafiz.Masih lagi segar di ingatannya ketika melihat penerbangan angkasawan pertama Malaysia secara langsung di televisyen.


Itu semua sejarah lampau.Hari ini sejarah baharu bakal tercipta apabila tiga lagi angkasawan Malaysia akan terbang ke orbit.Mereka telah menjalani latihan intensif selama beberapa bulan sebelum disahkan layak untuk menjadi angkasawan.Mereka juga adalah tiga orang yang terbaik daripada ratusan calon yang berpotensi ketika peringkat saringan dahulu.Dengan latar belakang dan pengalaman dalam bidang sains dan kejuruteraan yang dimiliki,mereka tentu mampu melaksanakan misi ini yang mana mereka dikehendaki menjalankan eksperimen sains dan menguji keupayaan sebenar kapal angkasa Malaysia.


Mujur hari ini cuaca baik.Dia bersyukur kerana kerja mereka dipermudahkan oleh Allah.Awan mendung dan panahan kilat boleh menjadi musuh.Jika cuaca tidak menyebelahi mereka,pasti misi ini terpaksa ditunda.


“Semua sistem sudah bersedia.”kata salah seorang krew di bilik kawalan.Memberi pengesahan sebelum misi diteruskan.


“Baiklah.”Dr. Hafiz mengangguk,tanda berpuas hati.”Mulakan pelancaran!”


Kini,hanya tingggal beberapa minit lagi.Mereka perlu memastikan semua parameter berada dalam keadaan yang dikehendaki sebelum enjin roket boleh dihidupkan.


“Pelancaran dalam 10 saat…”


Menghampiri 10 saat terakhir.Masa yang sangat kritikal.


“10…9…8…7…”


Enjin utama dihdupkan.Semuanya berjalan dengan baik.Roket dalam keadaan stabil.Mata Dr. Hafiz tertumpu pada skrin besar di hadapan bilik kawalan misi.Jantungnya berdebar-debar menanti detik penentuan.


“…3…2…1.Berlepas!”


Semua mata tertumpu kepada roket yang mula naik ke udara secara perlahan-lahan meninggalkan tapak pelancaran.Semakin lama semakin tinggi dan bertambah laju menuju ke orbit yang sudah ditetapkan.Kedudukan Malaysia yang berhampiran dengan garisan Khatulistiwa merupakan satu kelebihan kerana ia memudahkan proses penerbangan.Namun,dia masih belum boleh merasa lega kerana penerbangan masih jauh.Apa sahaja boleh terjadi.


Selepas beberapa minit yang mendebarkan,tiba-tiba terdengar komunikasi daripada anak kapal,


“Kawalan misi… kami di orbit.Kita berjaya!”


Kegembiraan menyelubungi suasana pusat kawalan misi.Itulah jawapan yang ditunggu-tunggu daripada krew kapal angkasa.Semua bertepuk tangan.Ucapan tahniah yang tidak putus-putus diucapkan oleh setiap krew.Kini,Malaysia maju setapak lagi untuk berada sebaris dengan negara lain dalam penerokaan angkasa.Sejarah telah tercipta!


“Alhamdulillah…”


Dr. Hafiz tidak dapat menahan air matanya.Air mata kegembiraan yang tidak ternilai harganya.Hatinya lega apabila memerhatikan tiga angkasawan yang berada di dalam keadaan baik di dalam kapal angkasa melalui kamera di dalamnya.Mereka telah selamat berada di orbit.


Dia tahu,misi pertama telah berjaya dilaksanakan.Dia juga tahu… selepas ini… akan ada lebih banyak misi seumpamanya ke angkasa lepas.Kita boleh menjangkakan lebih banyak pengetahuan berkaitan angkasa lepas akan diperolehi untuk manfaat semua di samping menyingkap rahsia dan hikmah setiap ciptaan Allah yang Maha Pencipta.


TAMAT.


Demikianlah Info postingan berita Misi Ke Obit

terbaru yang sangat heboh ini Misi Ke Obit, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sekian info artikel kali ini.

Anda sedang membaca posting tentang Misi Ke Obit dan berita ini url permalinknya adalah https://indodongeng.blogspot.com/2013/11/misi-ke-obit.html Semoga info lowongan ini bisa bermanfaat.

Subscribe to receive free email updates: