KEJORA YANG HILANG
KEJORA YANG HILANG - Hallo semuanya Pembaca Berita, Pada postingan berita kali ini yang berjudul KEJORA YANG HILANG, telah di posting di blog ini dengan lengkap dari awal lagi sampai akhir. mudah-mudahan berita ini dapat membantu anda semuanya. Baiklah, ini dia berita terbaru nya.
Judul Posting : KEJORA YANG HILANG
Link : KEJORA YANG HILANG
Anda sedang membaca posting tentang KEJORA YANG HILANG dan berita ini url permalinknya adalah https://indodongeng.blogspot.com/2013/11/kejora-yang-hilang.html Semoga info lowongan ini bisa bermanfaat.
Judul Posting : KEJORA YANG HILANG
Link : KEJORA YANG HILANG
Rizqi merenung lama langit malam.
Indahnya tidak terkata. Mungkin siang sudah bertukar malam. Kegelapan
menyelubungi dunia, namun, kegelapan itu hilang sekelip mata dengan adanya
sinaran bulan dan bintang. Bintang adalah satu ciptaan ilahi yang digemari oleh
Rizqi. Pada malam hari, dia akan keluar dan melihat bintang sambil mengiranya
satu per satu.
“Rizqi.” Puan Nora memanggil Rizqi
lalu melabuhkan punggungnya di sebelah anak kandungnya itu. “Rizqi tengok apa?”
Soal Puan Nora. “Tengok bintang.” Balas Rizqi dengan satu senyuman lebar.
“Bintang?” Dahi Puan Nora berkerut seribu. Seakan-akan kurang faham dengan
jawapan yang terungkai dari mulut Rizqi. “Ya. Bintang. Cantikkan mak.” Katanya
singkat.
“Oh, tengok bintang! Rizqi tahu
ataupun tidak apa itu bintang?” Soal Puan Nora dengan nada menyindir. “Ermmm…
Entah? Tetapi Rizqi suka.” Jawab Rizqi. “Kenapa Rizqi suka tengok bintang
sedangkan Rizqi tidak tahu maksudnya? Untuk pengetahuan Rizqi… Bintang merupakan bebola jisim gas yang
terbentuk disebabkan tarikan graviti mereka sendiri. Cahaya bintang terhasil daripada pantulan cahaya daripada Matahari. Sains membuktikan gumpalan asap ini
mengandungi gas-gas hidrogen dan helium. Selepas berlalu masa jutaan tahun,
gas-gas ini menajdi semakin padat sehingga akhirnya melahirkan bintang-bintang
dan galaksi. Sebagai contoh dalam surah al-A'raaf ayat 54, Allah menyatakan….”
"Dan
(Allah mencipta) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk
kepada perintahNya."
Surah
Al-A’raaf ayat 54
Terangnya panjang lebar.
Rizqi begitu khusyuk mendengar lalu berkata. “Barulah Rizqi tahu. Tidak
mengapalah mak! Jom! Makan… Rizqi laparlah.” Dia menarik tangan Puan Nora untuk
ke meja makan seraya menikmati juadah yang telah tersedia. “Yalah! Yalah!”
Balas Puan Nora tergesa-gesa.
Mata Rizqi hampir terbeliak
melihat makanan yang lazat lagi enak begitu banyak di atas meja makan. “Wah,
banyaknya makanan! Sama seperti jumlah bintang kan mak?” Soal Rizqi. “Ermmm… Betullah.
Makan dahulu. Selepas ini, kalau Rizqi nak kaji bintang pun kajilah!” Arahan
Puan Nora segera dipatuhi Rizqi. Dia membasuh tangan dan segera menikmati
makanan yang dimasak oleh Puan Nora sebentar tadi. Aromanya sungguh menyelerakan
hingga menusuk ke lubuk hati.
Hampir setengah jam masa
diperuntukkan untuk menghabiskan masa makan bersama-sama ahli keluarga yang
lain. Selesai makan, mereka sekeluarga duduk bersama-sama sambil menghiburkan
diri masing-masing menonton televisyen. Tepat jam 10.00, Rizqi masuk ke bilik
dan baring di atas tilam yang begitu empuk. Dia menarik comforter lalu
menyeliputi tubuhnya. Cahaya lampu jalan samar-samar menerangi biliknya.
‘Alangkah baiknya kalau aku
boleh pegang bintang. Tengok bintang secara jarak dekat pun sudah mencukupi
bagi aku.’ Detik hati Rizqi. Lama dia termenung, lama kelamaan, dia terlelap.
Tiba-tiba, “Shhhiuhhhh…”
Satu cahaya menerangi kegelapan. “Eh, itu… Itu… Itu tahi bintang!” Kata Rizqi
dengan kening yang hampir bercantum. Mukanya berkerut seribu. Dia masih pelik
memikirkan gelombang cahaya yang tidak sampai sesaat melintasinya.
Lama-kelamaan, cahaya
tersebut makin jauh. Namun, Rizqi tidak mudah putus asa. Sebagai anak lelaki,
dia perlu tabah. Dia berlari terus mengikut arah gelombang cahaya tersebut.
Semakin laju Rizqi berlari, semakin pantas cahaya itu bergerak.
Tidak lama kemudian,
“Dummmm!!!” Satu dentuman menggegarkan dada Rizqi. Jantungnya berdegup kencang.
Perasaan debar menggila menyelubungi jiwanya. Dia lemah dan tidak boleh
mengawal perasaan tersebut. Dia rebah. Badannya seakan-akan kaku, akibat
gelombang yang begitu kuat sebentar tadi. Sedaya upaya dia cuba untuk bangun.
Mata Rizqi membulat apabila
melihat sebuah kawah yang cukup besar terbentuk betul-betul di hadapan matanya.
Dia baru sahaja sedar bahawa dia sekarang berada betul-betul di tengah padang yang cukup luas.
Seperti sudah tiada jalan keluar untuknya keluar. ‘Adakah aku akan menemui ajal
sekarang?’ Kata hati kecil Rizqi.
Dia sudah tidak terdaya.
Dia sudah lemah. Dia sudah tidak mampu. Lalu, dia rebah dan terdampar di
tengah-tengah padang
yang cukup luas. Matanya gelap serta-merta.
Tiba-tiba, dia berasa
tubuhnya digoncang dan ada seseorang memanggil namanya. Tanpa berlengah, Rizqi
membuka matanya. Sinaran lampu bilik membuatkannya silau dan hanya lihat
kelibat seorang wanita secara kabur. Puan Nora berdiri di sebelah katil Rizqi
dan menggeleng melihat karenah anak lelakinya.
“Rizqi! Rizqi! Apa nak
jadi? Kamu mengigau. Bergegar satu katil. Mesti tidur tidak baca doa dan basuh
kaki?” Puan Nora memerli Rizqi. Rizqi tersenyum lebar dan berkata. “Rizqi nak
pergi mandi dan pergi ke sekolah.” “Ermmm… Cepat sikit. Selepas itu pergi
sarapan. Mak sudah siapkan.” Balas Puan Nora dengan eksperesi muka yang
membosankan.
Rizqi bangun dengan
semangat yang meluap-luap. Dia baru sahaja teringat, hari ini Cikgu Marzura,
selaku guru mata pelajaran Sains akan mengajar tajuk baru iaitu Alam Semesta
dan Jasad-Jasadnya. Itulah tajuk yang paling digemari Rizqi. Rizqi sudah tidak
sabar-sabar untuk ke sekolah. Dia berdoa agar masa pantas berlalu.
Selesai menikmati sarapan,
Puan Nora menghantar Rizqi ke Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Shah. Rizqi
melangkah ke dalam kawasan sekolah dengan melafazkan satu perkataan iaitu ‘Bismillahhirrahmanirrahim’.
“Kringgg!!!” Loceng
berbunyi nyaring membingitkan telinga. Jam tepat menunjukkan pukul 7.40 pagi.
Semua pelajar berpusu-pusu masuk ke dalam kelas 6 Iman bagi memulakan sesi
persekolahan yang pertama.
“Bangun! Assalamualaikum
cikgu!” Kata ketua darjah kelas 6 Iman iaitu Mohd. Hafiz Hadi. Dia merupakan
seorang pemimpin yang berwibawa dan begitu berkeyakinan tinggi dalam melakukan
sesuatu. “Assalamualaikum cikgu!” Seluruh pelajar memberi salam tanda hormat
kepada guru yang mengajar.
“Waalaikummussalam. Semua
boleh duduk. Seperti mana yang sudah diberitahu… Saya akan mengulangkaji tajuk
yang lepas iaitu Alam Semesta dan Jasad-Jasadnya.” Sambungnya lagi. “Ok. Ermmm…
Anas, sila berikan saya makna komet, meteor, meteoroid dan asteroid?” Kata Puan
Marzura sambil jari telunjuknya menunding ke arah Anas. Anas bangun dan
memberitahunya satu per satu. “Komet ialah bebola ais serta debu yang sangat
besar. Manakala, asteroid pula ialah bongkah daripada campuran batuan dan logam
yang kebanyakannya terletak di antara planet Marikh dan Musytari. Meteoroid
bermaksud jasad-jasad kecil dalam sistem suria yang ukurannya lebih kecil
daripada asteroid. Akhir sekali, meteor bermakna meteoroid yang memasuki
atmosfera bumi dipanggil meteor. Meteor dapat dilihat dengan jelas dari bumi
kerana ia bergeser dengan atmosfera menyebabkan ia terbakar.” Terang Anas
panjang lebar. “Bagus!” Puji Puan Marzura tinggi melambung.
Rizqi terpinga-pinga. ‘Akhir
sekali, meteor bermakna meteoroid yang memasuki atmosfera bumi dipanggil
meteor. Meteor dapat dilihat dengan jelas dari bumi kerana ia bergeser dengan
atmosfera menyebabkan ia terbakar.’ Kata-kata Anas tadi masih terngiang-ngiang
bermain di benak fikirannya. ‘Adakah meteor yang aku lihat malam tadi?’ Detik
hati kecil Rizqi.
“Rizqi! Tolong sebutkan
saya urutan planet yang paling dekat sehingga yang paling jauh dari matahari.”
Arahan Puan Marzura segera dipatuhi. “Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari,
Zuhal, Uranus, Neptun dan Pluto.” “Ermmm…
Bagus, tetapi sekarang… Untuk pengetahuan semua, Pluto sudah tidak dikira
sebagai planet kerana saintis sudah tidak dapat melihatnya lagi.
Sepanjang mata pelajaran
Sains, Rizqi tidak terlalu menumpukan proses pengajaran dan pembelajaran malah
dia sedang memikirkan objek yang dilihatnya.
Setelah waktu rehat tiba,
ramai pelajar menuju ke arah kantin bagi mengisi perut mereka yang sudah
berkeroncong. Namun, Rizqi lain daripada yang lain. Dia segera menuju ke
perpustakaan. Dia ingin mengetahui lebih mendalam tentang objek yang baru sahaja
melintasinya semalam.
Diasegera mencapai satu
buku mengenai meteor. Tanpa berlengah walaupun sesaat, dia membelek setiap
helaian buku satu per satu.
Jaluran tersebut disebabkan oleh kepanasan yang
dihasilkan oleh tekanan (bukan oleh
geseran, sebagaimana anggapan umum sebelum ini) ketika meteoroid memasuki
atmosfera.
Rizqi teringat bahawa
ibunya pernah berkata bahawa ramai manusia menggunakan bintang sebagai petunjuk
arah. Firman Allah juga ada mengatakan tentang hal ini iaitu dalam Surah
An-Nahl ayat 16.
"Dan Ia ciptakan tanda-tanda (penunjuk jalan). Dan
dengan bintang-bintang itulah mereka mendapat petunjuk (arah yang hendak
dituju)."
Surah An-Nahl ayat 16
Adakah
apa yang berlaku semalam ingin memberi petunjuk kepada Rizqi mengenai sesuatu
yang belum diketahuinya? Rizqi menggaru kepalanya yang tidak gatal. Otaknya
berserabut. Dia sudah malas hendak memikirkan mengenai hal ini lagi. Lalu, Rizqi
menutup buku yang baru dibacanya sebanyak dua muka surat . Dia meletakkannya ke tempat asal dan
terus menuju ke kelas semula. Fikirannya jadi kucar-kacir. Dia sudah buntu dan
tidak tahu apa yang harus dilakukannya lagi.
Terasa
masa pantas berlalu. Puan Nora datang menjemput Rizqi dari sekolah. Itulah
kasih sayang seorang ibu. Setiap kasih sayang yang dicurahinya pasti akan
menjadi tunas yang subur melalui jasa didikan seorang insane bergelar ibu.
Rizqi
pulang dari sekolah dengan senyuman yang hambar. Dia masih tidak tahu apa yang
harus dilakukannya. “Ini kenapa?” Soal Puan Nora apabila melihat Rizqi masam
mencuka. “Entah… Mimpi itulah!” Jawab Rizqi dengan muka yang masih masam
seperti cekodok basi. “Mak sudah kata… Mimpi itu hanya mainan tidur. Tidak perlu
percaya sangat.” Balas Puan Nora sambil menggelengkan kepalanya melihat karenah
anaknya.
Perbualan
mereka di dalam isi perut kereta Mercedes berhenti sedakat itu sahaja. Rizqi
tidak lagi mengeluarkan kata-kata tetapi mindanya ligat berfikir mengenai mimpi
yang baru mengetuk tidurnya semalam. Baginya, dia percaya ada hikmah
sebaliknya.
Setibanya
di rumah, Rizqi meletakkan beg sekolahnya dan terus menuju ke bilik air untuk
menyegarkan tubuhnya. 15 minit masa diperuntukkan untuk menjalankan rutin
hariannya. Selepas itu, dia segera menunaikan kewajipannya sebagai umat Islam
iaitu solat Zuhur. Kemudian, dia terus merebahkan dirinya di atas katil yang
begitu empuk rasanya. Lama-kelamaan, Rizqi terlelap. Dia tertidur dengan lena
sehinggalah mimpi itu sekali lagi datang mengetuk daya imaginasi Rizqi.
Sekali
lagi, Rizqi melihat gelombang cahaya yang begitu terang melintasinya. Rizqi
terkejut dan terus bangun dari tidurnya. Dia mengucapkan dua kalimah syahadah
dan dia beristighfar perlahan-lahan.
Rizqi
sudah letih untuk menghadapi mimpi itu sekali lagi. Dia sudah tidak sanggup
untuk berhadapan dengan mimpi yang cukup mengerikan itu. Rizqi segera
mengeluarkan buku-buku rujukan bagi mengulang kaji pelajaran yang tidak dapat
dikuasainya.
Sekelip
mata sahaja, malam sudah menjelma. Putaran bumi pada paksinya begitu laju
sehingga sedar tidak sedar. Sudah tibanya malam hari. Selesai menjamu selera
beramai-ramai, seluruh anggota keluarga menonton berita di saluran TV 3 bagi
mengetahu isu-isu semasa dan mengikuti perkembangan ekonomi semasa.
Sewaktu
pemberita yang petah berkata-kata itu membaca artikel mengenai berita luar
negara, seluruh ahli keluarga khusyuk mendengar termasuklah Rizqi. Beliau
memberitahu bahawa satu gelombang cahaya yang amat besar. Kira-kira 16
kilometer panjang dan 8 kilometer lebar melintasi negara Amerika Syarikat
selamar beberapa saat sahaja. Saintis mengkaji bahawa itu hanyalah metor yang
sudah bergeser dengan atmosfera bumi. Kemudian, gelombang cahaya tersebut
terdampar di dasar laut. Ia juga sudah meragut beratus-ratus nyawa sewaktu ia
melintasi negara tersebut.
Tiba-tiba,
jantung Rizqi berdegup kencang. Bulu romanya juga mulai meremang. Peluh jantan
turut membasahi dahinya. Akan tetapi, dia cuba mengawal perasaan gelisahnya.
Cahaya itulah yang selalu hadir dalam mimpinya. Kini, dia sudah faham apa
maksud mimpi yang terpaksa dilaluinya selama dua hari berturut-turut. Sehingga
kini, ia masih menjadi tanda tanya kepada penduduk seluruh dunia tetapi tidak
pada Rizqi.
Demikianlah Info postingan berita KEJORA YANG HILANG
terbaru yang sangat heboh ini KEJORA YANG HILANG, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sekian info artikel kali ini.
Anda sedang membaca posting tentang KEJORA YANG HILANG dan berita ini url permalinknya adalah https://indodongeng.blogspot.com/2013/11/kejora-yang-hilang.html Semoga info lowongan ini bisa bermanfaat.