SINOPSIS YOU’RE MY GIRL

SINOPSIS YOU’RE MY GIRL - Hallo semuanya Pembaca Berita, Pada postingan berita kali ini yang berjudul SINOPSIS YOU’RE MY GIRL, telah di posting di blog ini dengan lengkap dari awal lagi sampai akhir. mudah-mudahan berita ini dapat membantu anda semuanya. Baiklah, ini dia berita terbaru nya.

Judul Posting : SINOPSIS YOU’RE MY GIRL
Link : SINOPSIS YOU’RE MY GIRL
Kehadiran Nur Qaleesya Nurain di dalam hidupnya bagaikan menjadi beban kepada Ahmad Rayyan Azrain.Ibu Qaleesya,Puan Iliya yang juga merupakan teman rapat kepada Puan Ainul,ibu Azrain menitip bantuan supaya menjaga anak tunggalnya dalam masa beberapa bulan selama kepergiannya ke German kerana terdapat urusan kerja yang harus diselesaikan di sana.Azrain sentiasa perlu menjaga Qaleesya,tidak kira sama ada ketika di sekolah mahupun dirumah.Azrain berasa rimas kerana kemana jua dia pergi,pastinya bersama Qaleesya yang muda setahun daripadanya itu.Qaleesya juga harus berpindah ke sekolah Azrain.Pada suatu hari,tanpa diduga nama Qaleesya tersenarai di dalam Pertandingan Kuiz Bahasa Inggeris yang dianjurkan di sekolahnya.Qaleesya seorang budak yang sangat lemah dengan Bahasa Inggeris,sudah semestinya menjadi takut dan panik.Sehinggakan dia memerapkan dirinya di dalam bilik sehingga setengah hari.Azrain yang puas memujuk dengan cara kasar,kemudian menggunakan cara yang lembut.Dan ternyata ia berkesan.Tetapi agak malang bagi Azrain kerana dia kini terpaksa menghabiskan seharian masanya dengan menjadi guru Bahasa Inggeris Qaleesya di rumah.Pada mulanya,ia agak menguji kesabaran Azrain kerana apabila Azrain tersalah meninggikan suaranya ketika mengajar Qaleesya,sudah pasti Qaleesya merajuk.Iyalah,anak kesayangan ibulah katakan.Tetapi,lama kelamaan Qaleesya sudah kalis dengan Azrain yang sememangnya serius dan tegas ketika pembelajaran.



Suatu hari di sekolah,Qaleesya sedang belajar bersama Azrain di dalam kelas Azrain. “Azrain,kau sekarang dah penakut ya ? Mana pergi Azrain yang garang,yang suka menerima cabaran daripada lawan,yang sukakan kemenangan ? Aku tau kau dah jadi tikus ketakutan sekarang.Walau macam mana sekalipun,kau kena hadir jugak hari Sabtu dua minggu depan.Kalau tidak,kau akan terima hukuman dan denda daripada aku.” Ayat yang meluncur dari mulut seorang pelajar lelaki yang tidak dikenali itu membuatkan Qaleesya terus tertanya.Apakah maksud disebalik itu ? Hari Pertandingan Kuiz itu berlangsung dengan lancar.Qaleesya hanya mendapat tempat yang ketiga.Tetapi bagi Azrain,dia sangat gembira kerana Qaleesya seorang yang langsung tidak pandai berbahasa Inggeris itu akhirnya berjaya mendapat tempat ketiga,hasil daripada ajarannya.Sejak itu,hati kecilnya mula terasa sayang kepada Qaleesya.Pertemuan Qaleesya dengan rakan sekelas Azrain telah merungkai segalanya.Azrain yang sudah 2 tahun berhenti dari bermain tinju kerana dia pernah menang dalam pertandingan,tetapi hampir saja membunuh lawannya itu.Setiap hari dia datang menabur jasa untuk menebus kembali kesalahan yang telah dilakukan dengan cara menjaga Ruslan,lawannya dulu.Sejak itu,dia sudah serik dan tidak melibatkan diri dalam bidang tinju lagi.Cabaran yang diterima Azrain membuatkan dia agresif semula.Setiap hari berlatih.Sudah berapa kali Qaleesya menghalang Azrain,tetapi tidak dihiraunya.Sebelum tiba hari perlawanan tinju,Azrain dan Qaleesya mengalami ketidakfahaman.Mereka berdua bergaduh.Kini,tiba hari yang dinantikan Azrain.Matlamatnya adalah keadilan,bukan kemenangan.Tetapi,pihak lawannya itu mengambil kesempatan untuk cuba menjatuhkan Azrain.Qaleesya yang lambat tiba di dewan tinju itu terkejut besar melihat keadaan Azrain yang berlumuran darah dimuka,lemah dan tidak berdaya.Air matanya membasahi pipi gebunya itu.Berkali-kali dia menjerit memanggil nama Azrain,tetapi lelaki itu hanya terlantar diam.Perlawanan ini dimenangi oleh pihak lawan.Qaleesya berlari menuju ke arah Azrain.Dia menangis dan terus memeluk Azrain. “Aku sayang kau,Nur Qaleesya Nurain.” Azrain melafazkan perasaannya.Lagi membuatkan Qaleesya tersentuh kerana Azrain tidak pernah menunjukkan kasih sayangnya kepada Qaleesya sebelum ini.Azrain di masukkan ke ICU kerana patah kaki kanan dan berlaku sedikit pendarahan dikepala.Di saat ini,Qaleesya yang juga ingin menjaga Azrain di hospital,terpaksa batalkan niat kerana harus menjaga ibunya yang demam panas di German.Ini bermakna,dia juga harus menetap di sana dan terpaksa berpisah dengan Azrain.3 tahun kemudian,Qaleesya menerima bungkusan hadiah daripada orang yang tidak dikenali.Hadiah teddy bear besar berwarna biru lembut itu ditiliknya.Baru dia perasan,terdapat sekeping kad yang terikat pada leher teddy bear tersebut yang bertulis, “Jumpa saya di taman lavender pada pukul 3.Bawak sekali awak punya hadiah.” Qaleesya berjaga-jaga ketika berada di taman bunga lavender.Kerana takut kad itu adalah palsu.Sedang dia mencari siapakah gerangan yang menghantar hadiah itu,tiba-tiba bahunya dicuit.Dia terkejut apabila mendapati Ahmad Rayyan Azrain yang sedang berdiri dihadapannya itu.Alangkah gembira hatinya pada ketika itu,hanya Tuhan saja yang tahu. “Will you be my wife,Nur Qaleesya Nurain ?” Sekali lagi Azrain melafazkan isi hatinya.Bertemunya cinta yang sekian lama ditinggalkan,kini Qaleesya sah menjadi isteri Azrain dan hubungan mereka berdua direstui oleh Puan Ainul dan Puan Iliya sendiri.Walaupun mendirikan rumah tangga pada usia muda,mereka berdua tetap bahagia.



“Kerana awak,saya belajar menjadi matang.Kerana awak,saya belajar bersabar.Kerana awak,saya belajar mengawal ego saya.Dan kerana awak,saya mengenal erti kehidupan.Terima kasih untuk segalanya.”



-TAMAT-


Demikianlah Info postingan berita SINOPSIS YOU’RE MY GIRL

terbaru yang sangat heboh ini SINOPSIS YOU’RE MY GIRL, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sekian info artikel kali ini.

Anda sedang membaca posting tentang SINOPSIS YOU’RE MY GIRL dan berita ini url permalinknya adalah https://indodongeng.blogspot.com/2013/11/sinopsis-youre-my-girl.html Semoga info lowongan ini bisa bermanfaat.

Subscribe to receive free email updates: